Langkau ke kandungan utama

Mengapa Ramai Orang Susah Menyimpan Duit?

Budaya Pesta, Ekonomi dan Perangkap Kewangan

Musim ini, macam tiap malam atau minggu pasti ada majlis keramaian. Di bandar-bandar kecil, pekan-pekan atau di kampung kampung. Kalau kita tengok facebook kita, pasti ada kawan-kawan atau tag yang upload pesta-pesta yang mereka hadiri. 

Contohnya, macam program Baby Shima:-

sik sabar mok nyambut gawai🥺
orang sarawak jumpa kamek di:

-29 may -stadium lubok antu
-30 May - medan stage Betong
-31 May - summermall kota samarahan
-5 June - emart batu kawa
-6 June - Lepapa lawas
-7 June - the spring bintulu

Program macam ini mesti ramai orang akau "haus". Boleh order "Unta" ber-tin tin kalau saya ikut serta.

Semakin banyak event dan pesta yang dianjurkan, semakin rancak ekonomi bergerak. Tetapi dalam masa yang sama, semakin ramai juga orang boleh terperangkap dalam masalah kewangan tanpa mereka sedari. Kebiasaannya, pengunjung program-program yang ber-ala pesta berpendapatan rendah (<RM500 - 1800) dan berpendapatan sederhana (RM3000- 6000 sebulan)



Penjawat Awam / pekerja sektor swasta

Ramai orang yang makan gaji, sama ada bekerja dengan kerajaan atau swasta, akan terus berbelanja untuk menikmati pelbagai program hiburan, sambutan dan aktiviti sosial. Dari situ, para peniaga pula mendapat limpahan pendapatan hasil perbelanjaan orang ramai.

Namun, hakikatnya, bukan semua peniaga benar-benar “untung”. Ramai juga peniaga yang akhirnya berbelanja semula seperti pelanggan mereka — ikut berhibur, ikut trend, ikut gaya hidup sekeliling sehingga keuntungan yang diperoleh habis semula dalam kitaran yang sama.

Bil Utiliti & Tunggakkan

Mungkin ada yang pulang ke rumah menyesal sebab berbelanja lebih dan bil-bil utiliti dan hutang belum dijelaskan lagi. Kalau bil-bil dan hutang tertunggak, dari satu bulan ke bulan yang lain....memang susah untuk diselesaikan dan sentiasa akan ada tunggakan selanjutnya… sampai bila-bila… kecuali dia kena jackpot !

Akhirnya, kita semua sebenarnya cuba membuat keuntungan antara satu sama lain. Peniaga mahu untung daripada pelanggan, pelanggan pula bekerja untuk mendapatkan wang bagi terus berbelanja. Dunia ekonomi bergerak melalui kitaran itu.

Program sepanjang tahun

Di Sarawak khususnya, terlalu banyak pesta dan program dianjurkan sepanjang tahun. Ada yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, swasta, persatuan, komuniti kaum, mahupun individu sendiri.

Antaranya, dan bukan setakat listing di bawah sahaja..banyak lagi...

  • Sambutan Tahun Baru Cina - bukan kaum cina sahaja, kaum lain pun ikut serta.
  • Chap Goh Mei
  • Hari Raya Aidilfitri - kaum lain pun ikut cara tersendiri sebab, maklumlah hari cuti.
  • Hari Raya Aidiladha
  • Pesta Gawai - kaum lain pun ikut serta sebab hari cuti dan kebanyakkan pekerja-pekerja di kedai cina atau syarikat cina adalah kaum dayak. 
  • Hari Kebangsaan - ambil peluang sebab hari cuti 
  • Hari Krismas  semua kaum pun ikut serta dengan cara tersendiri sebab hari cuti
  • Majlis perkahwinan - banyak yang haus disini
  • Hari jadi - ini pun kalau orang dewasa punya, banyak juga yang haus.
  • Hari Ibu dan Hari Bapa
  • Sambutan keagamaan
  • Program hiburan kerajaan
  • Pelancaran produk syarikat
  • Jamuan selepas kerja
  • dan bermacam-macam lagi.

Semua program ini memang mempunyai kepentingan tersendiri. Ia membantu memutarkan ekonomi setempat. Peniaga makanan mendapat pelanggan, hotel dipenuhi pengunjung, vendor event mendapat projek, artis mendapat bayaran, dan pekerja sambilan mendapat peluang kerja. Yang tidak terlibat tetapi berada di lokasi atau dijemput pun akan ikut serta berbelanja atau menyokong orang yang berbelanja...sponsor minum & makan.

Mood Kehidupan dan Pergerakan Ekonomi

Tanpa aktiviti seperti ini, ekonomi mungkin bergerak lebih perlahan dan mood kehidupan harian manusia pun perlahan. Mood perlahan ini tidak baik untuk pergerakan ekonomi setempat, kerajaan dan negara.

Tetapi dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, sesiapa yang gagal mengawal perbelanjaan atau terlalu mengikut gaya hidup sekeliling boleh perlahan-lahan tenggelam dalam masalah kewangan.

Commitment Sosial

Kadang-kadang bukan sebab gaji kecil, tetapi sebab terlalu banyak “commitment sosial” yang memerlukan duit. Contohnya, perjalan untuk bertemu atau ke pusat majlis memerlukan kenderaan dimana minyak kenderaan kena beli, bawa hadiah, guna pasang kasut, baju atau seluar yang baru.

Terjebak dengan budaya berhibur

Saya sendiri hampir terjebak dengan budaya berhibur berlebihan. Nasib baik sempat berfikir bahawa kita tidak perlu mengikut cara hidup orang lain. Setiap orang ada ukuran lifestyle sendiri, kemampuan sendiri dan jalan hidup sendiri. Musim ini, banyak juga undangan ke sana-sini ke tempat pesta dan aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan atau komuniti setempat - saya tidak pergi. Selain daripada peluang untuk berbelanja atas aktiviti yang kurang munasabah, terasa letih juga kalau selalu ikut pesta-pesta.

Tidak salah menikmati hidup, tetapi jangan sampai hiburan menjadi beban kewangan. bagi saya sendiri, hutang sudah kosong, tunggakkan tidak ada...ada rasa selesa juga, boleh bermain dengan komputer dan tulis blog ini.

Dunia ini memang berputar seperti roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Sebab itu, ketika ekonomi masih baik dan pendapatan masih ada, belajarlah mengawal diri dan berbelanja secara berpada-pada.

Rumusan

Kita perlu berpilih-pilih untuk mengikuti apa jua aktiviti yang ada di pasaran. Kalau kita kena ikut semua aktiviti yang kita nampak di mana-mana sama ada announcement di media sosial atau whatsapp, mungkin ekonomi kita akan "mampus". Perkara berginilah yang boleh menyebabkan kita susah untuk menyimpan duit. Ingat berpesta sahaja.


 

Ulasan

Feature Post

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Apabila AI Melukis Budaya Dayak: Cantik Tetapi Tidak Semestinya Tepat

  Intro Apa yang saya tahu berkaitan dengan Gawai Dayak ,ialah ia bukan pesta yang kita nampak seperti dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi lebih kepada perayaan “Thanksgiving”. Walau Bagai manapun, perayaan ini disambut mengikut peredaran zaman dan status ekonomi. Bukan saja berkaitan dengan hari gawai tetapi perubahan itu berlaku juga kepada pesta atau perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya, dan juga berubah secara global.   Posting-posting dalam sosial media dan banner-banner di mana -mana.   Selepas beberapa hari melihat banyak posting-posting dalam media sosial, saya tengok macam ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan mesej Hari Gawai Dayak. Saya sedar kebanyakannya, praktikalitinya semua,  dicipta menggunakan A.I. Macam tidak ada satu pun yang tepat melambangkan budaya suku kaum tertentu. Kemungkinan prompt yang digunakan kurang tepat. Ini mungkin orang yang memberi arahah atau prompt kepada AI itu kurang focus dan t...

Gawai Dayak dan ertinya sudah berubah

 Intro Sambutan Hari Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei tahun ini. Tiap-tiap tahun, sambutan Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei dan macam tidak berakhir sampai penghujung bulan Julai nanti. Dari pandangan saya yang saya lihat dan terlibat sekali di beberapa lokasi dan kawasan, Sambutan Gawai Dayak tahun ini boleh dikatakan sangat meriah. Akhir-akhir ini, sesiapa yang menyambut Gawai Dayak pun ramai yang memakai pakaian tradisional, terutama bagi masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu… tetapi itu tidak berakhir di situ saja. Kaum Melayu, Cina mahupun pelancong luar negara pun memakai pakaian tradisional sekali untuk menyambut bersama masyarakat Dayak di Sarawak. Gadis-gadis di babang Peralihan makna dan perayaan Gawai Dayak. Perayaan gawai dayak atau gawai tahun yang telah beralih cara dari tahun ke tahun semenjak ia dimulakan. Secara amnya, konsep Dayak unified atau gabungan Dayak telah diutarakan oleh seorang pengacara radio Kingsley dan Owen Liang pada tahun 1957. Kali pert...